Advokasi KDB Program Pendidikan Keselamatan Kejiranan Parlimen Arau
17 April 2017 | Aktiviti TerkiniPada 16 April 2017, pihak pengurusan KRT Kg Batas Lintang telah mengadakan Advokasi KDB @ Program Pendidikan Keselamatan Kejiranan bertempat di perkarangan PI Batas Lintang. Program ini telah disertai oleh penduduk di kawasan sekitar Kg Batas Lintang. Program ini berlangsung dari jam 8.00 hingga 8.30 malam. Slot ini juga telah disertai oleh team Pusat Internet 1 Malaysia Perlis dengan menyampaikan taklimat berkaitan Implikasi Media Sosial serta Keselamatan Dalam Talian. Tujuan taklimat ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada ibu bapa dan penjaga berkenaan salah laku siber atau jenayah siber yang semakin menular dan bagaimana untuk mengatasinya. Taklimat ini mampu untuk mendidik ibubapa dan penjaga agar dapat mengawasi tingkah laku remaja zaman sekarang untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: