Kelas Instagram Marketing Bersama Pelatih Giat Mara Padang Besar
19 May 2017 | Aktiviti TerkiniPada 15,16 dan 18 May 2017 PI RPA Arau telah mengadakan Kelas INSTAGRAM MARKETING bersama pelatih-pelatih Giat Mara cawangan Padang Besar. Antara kursus yang terlibat ialah Kimpalan dan Fabrikasi Logam (KFL), Penyejuk dan Penyaman Udara (PPU) dan Fasion & Designs (F&D). Kelas ini telah berlangsung selama tiga hari berturut-turut mengikut kursus latihan yang ditetapkan oleh pihak Giat Mara. Pelatih yang terlibat berjumlah seramai 43 orang.
Antara tajuk yang telah di sentuh ialah cara-cara membina platfom perniagaan menggunakan Instagram, Instagram adalah aplikasi mudah alih yang popular dan mempunyai bilangan pengguna yang sangat tinggi, tidak kurang hebatnya berbanding facebook dan whatsapp. Konsep instagram yang mudah difahami membolehkan pengguna menghasilkan gambar yang cantik untuk tujuan pengiklanan, turut disentuh teknik-teknik asas cara membuat promosi secara berperingkat, bermula dengan pengenalan perniagaan hinggalah pengiklanan produk. Pelatih-pelatih turut menjalani latihan praktikal bagi memantapkan lagi teori yang dipelajari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: