Kelas Facebook Marketing (Vol-2) Bersama Pelatih Giat Mara Padang Besar
13 May 2017 | Aktiviti TerkiniPada 8,11 dan 12 May 2017 PI RPA Arau telah mengadakan Kelas FACEBOOK MARKETING bersama pelatih-pelatih Giat Mara cawangan Padang Besar. Antara kursus yang terlibat ialah Kimpalan dan Fabrikasi Logam (KFL), Penyejuk dan Penyaman Udara (PPU) dan Fasion & Designs (F&D). Kelas yang berdurasi keseluruhan 7 jam 30 minit ini telah berlangsung selama tiga hari berturut-turut mengikut kursus latihan yang ditetapkan oleh pihak Giat Mara. Pelatih yang terlibat berjumlah seramai 43 orang. Antara tajuk yang telah di sentuh ialah cara-cara membina platfom perniagaan menggunakan Facebook Page, turut disentuh teknik-teknik asas cara membuat promosi secara berperingkat, bermula dengan pengenalan perniagaan hinggalah pengiklanan produk. Pelatih-pelatih turut menjalani latihan praktikal bagi memantapkan lagi teori yang dipelajari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: