Kelas Advokasi, Asas Keusahawanan Dan Dan E-Marketing Bersama Pelatih-Pelatih Giat Mara Padang Besar
28 April 2017 | Aktiviti TerkiniPada 13, 18, 19, 20 dan 27 April 2017 PI Arau dengan kerjasama PI Batas lintang telah mengadakan kelas Advokasi, Asas Keusahawanan dan E-Marketing bersama pelatih-pelatih Giat Mara Padang Besar. Kursus yang terlibat ialah Penyejuk dan Penyaman Udara (PPU), Kimpalan dan Fabrikasi Logam (KFL) dan Fasion & Designs (F&D). Kelas mengambil masa 6 jam setiap hari dengan beberapa pecahan slot. Pada Bulan April ini pelajar telah didedahkan dengan Advokasi bertajuk Maklumat Palsu dan Buli Online. Bagi kelas keusahawanan pula pelatih-pelatih telah diberi pendedahan tentang asas keusahawanan merangkumi ilmu-ilmu apa yang perlu bagi menjadi seorang usahawan yang berjaya. Bagi E-Marketing pula pada bulan April ini pelatih-pelatih telah didedahkan dengan Facebook Page merangkumi langkah kerja menghasilkan FB Page, membuat iklan e-marketing serta cara-cara menguruskan pemintaan pelanggan. Kelas dengan modul selanjutnya akan diteruskan pada bulan May.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: